Terbaru/News

Sambutan Ulang Tahun Ke 100 Syarikat Minyak Afiat dan Pembukaan Galeri Afiat di Kota Lama Kiri, Perak.

Sambutan Ulang Tahun Ke 100 Syarikat Minyak Afiat dan Pembukaan Galeri Afiat di Kota Lama Kiri, Perak.


Syarikat Minyak Afiat Sdn Bhd (Afiat), menyasarkan peningkatan 20 hingga 25 peratus perolehan jualan bagi tahun ini didorong strategi pemasaran serta penjenamaan produknya.



Pengurus Besarnya, Abdul Raof Ahmad Zakaria berkata, syarikat Bumiputera itu merekodkan jualan tahunan antara RM4.5 juta hingga RM5 juta sebelum ini.

Menurut beliau sasaran berkenaan selari dengan permintaan terhadap minyak afiat dan minyak hangat dijangka kekal tinggi sekali gus menjadi penyumbang utama kepada keseluruhan jualan dengan sasaran RM500,000 hingga RM900,000 tahun ini.




“Minyak afiat sememangnya mempunyai pasaran tersendiri, malah setiap tahun, produk tersebut merekodkan hasil jualan antara RM4.5 hingga RM5 juta.

“Kami yakin, selain produk rintis yang telah berada dalam pasaran sejak tahun 20-an dibantu 12 produk lain termasuk set bersalin yang dijenamakan semula, peningkatan jualan antara RM500,000 hingga RM900,000 pada tahun ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas ditemui pada Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Syarikat Minyak Afiat dan Pembukaan Galeri Afiat di Kota Lama Kiri, minggu lalu. Turut berkenan merasmikan majlis berkenaan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.




Ditanya mengenai perancangan Afiat sempena ulang tahun ke-100 syarikat berkenaan, Abdul Raof berkata, pihaknya merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa baharu selepas Singapura.

“Setakat ini, produk Afiat telah berada di pasaran Singapura sejak enam tahun lalu. Bagi pasaran negara itu, kita hanya bawa masuk minyak afiat dan minyak hangat.



“Perbincangan sedang dilakukan dengan wakil di Vietnam untuk kita bertapak di negara itu.Kita sasarkan produk Afiat akanmenembusi pasaran negara itu dalam beberapa tahun lagi,” katanya.




Dalam pada itu menurut Raof lagi, beliau yang merupakan generasi ke empat dalam tempoh 100 tahun pembuatan minyak Afiat ini, pelbagai cabaran telah ditempuhi mereka sekeluarga. Ia termasuk produk keluarannya yang di plagiat beberapa syarikat sehingga memaksa pihak syarikat untuk mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk mengheret pihak tidak bertanggunggjawab itu ke mahkamah.





Namun perkara itu tidak langsung mematahkan semangat mereka dalam mengembangkan perniagaan menambah baik mesin pengeluaran dan membantu masyarakat setempat dengan hasil perniagaan yang telah dilakukan seabad lamanya.





Justeru mereka kini giat mempromosikan keluaran terbaharu syarikat iaitu set berpantang yang mengandungi 9 item termasuk minyak bayi dan baru menerusi sistem ejen yang diperkenalkan.

Mengakui Minyak Afiat dan Minyak Panas Afiat adalah produk terlaris keluaran syarikatnya, Raof positif dalam pengeluaran Set Bersalin A’fiat yang kini dengan rekaan terbaharu dengan corak lebih minimalis yang mampu menarik minat golongan ibu muda untuk membelinya selain kualiti produk yang terpelihara sehingga kini.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...