Terbaru/News

Fernleaf Memperkenalkan Sensasi Rasa dengan Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Yang Baharu

Fernleaf Memperkenalkan Sensasi Rasa dengan Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Yang Baharu

Minuman Yogurt Sedap & Berkrim, Diperkaya dengan Jus Buah-buahan Yang Sebenar


Fernleaf Malaysia, jenama yang terkenal kerana membawakan kebaikan semula jadi tenusu New Zealand ke Malaysia selama 50 tahun, teruja untuk memperkenalkan inovasi terbarunya, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink. Penambahan baru kepada keluarga Fernleaf ini adalah bukti dedikasi jenama ini untuk menghasilkan produk yang penuh dengan kebaikan tenusu dan lazat dengan menampilkan minuman yogurt yang menyegarkan, diperkayakan dengan jus buah-buahan asli, yang direka khusus untuk memikat hati rakyat Malaysia.

Diperbuat daripada susu yang berkualiti dari New Zealand, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink menggabungkan textur berkrim minuman yogurt gaya Greek dengan jus buah-buahan sebenar. Mendapat persijilan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, minuman lazat ini menawarkan nutrien seperti kalsium dan vitamin D, mengandungi 0% lemak, serta mematuhi garis panduan pemakanan yang ketat dengan tahap lemak dan gula yang telah ditetapkan.

Lim Siew Poh, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd., menyatakan, "Di Fonterra, kami komited untuk menawarkan minuman berasaskan tenusu yang bukan sahaja memberikan khasiat, tetapi kepuasan kepada pelanggan kami. Kami juga menumpukan sepenuh perhatian untuk meningkatkan dan memperkayakan produk kami dengan nutrisi dan juga rasa yang digemari rakyat Malaysia. Pelancaran produk ini membuka lembaran baharu dalam industri yogurt minuman, kerana ianya adalah gabungan sempurna tekstur berkrim yang digemari dengan rasa buah-buahan yang asli."

Minuman ini lebih daripada sekadar minuman biasa; ia adalah minuman serba guna yang sesuai untuk bila-bila masa, sama ada untuk dinikmati begitu sahaja sebagai snek yang enak, dihidangkan bersama pelbagai hidangan kegemaran anda, atau digabungkan bersama makanan lain seperti oat atau granola, mengikut selera dan kegemaran anda.

Fernleaf Greek Style Yogurt Drink kini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Giant, AEON, AEON BiG, NSK, TF Value dan TMG Mart. Tersedia dalam dua saiz yang praktikal, iaitu botol 700 gram berharga RM 8.50 dan botol 200 gram berharga RM 3.30, kedua-duanya menawarkan harga yang mampu milik dengan rasa yang cukup enak, sempurna untuk dinikmati pada bila-bila masa.


TENTANG FONTERRA

Kami adalah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 9,000 petani dan keluarga mereka. Kami telah membina kepakaran kami berasaskan warisan beribu-ribu petani yang telah menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam tenusu. Dengan sikap boleh buat dan semangat kerjasama, kami merupakan pengeksport tenusu terkemuka dunia. Kakitangan kami berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan dunia melalui jenama penyelesaian pengguna, perkhidmatan makanan dan penyelesaian ramuan kami yang inovatif, serta operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat benua.

Fonterra Brands Malaysia mula beroperasi pada 1975 di Shah Alam, Selangor. Hari ini ia mempunyai dua buah kilang pembuatan, Susumas dan Dairymas dan seramai 600 orang pekerja berdedikasi untuk membawa yang terbaik dalam pemakanan tenusu kepada rakyat Malaysia. Kami menyediakan produk tenusu berkualiti tinggi yang diperakui Halal di Malaysia dan memenuhi Piawaian Halal tertinggi yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan dan pihak berkuasa persijilan Halal asing lain yang berkaitan seperti yang diiktiraf oleh JAKIM.

Fonterra Brands Malaysia juga mematuhi piawaian industri antarabangsa dan tempatan dan mencapai sijil FSSC22000, Tanda Kesihatan Veterinar dan GMP. Fonterra di Malaysia terkenal dengan jenama terkemuka Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum, Anchor, Chesdale, Perfect Italiano, Mainland dan bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...