Kerjasama Surya Malaysia Dengan Universal Music Malaysia Untuk Mengabungkan Muzik Dan Kesejahteraan Di Watsons
Kerjasama Surya Malaysia Dengan Universal Music Malaysia Untuk Mengabungkan Muzik Dan Kesejahteraan Di Watsons.
Surya Malaysia, jenama tempatan dengan misi untuk meningkatkan landskap kesihatan negara, dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Dengan kerjasama baharu bersama Universal Music Malaysia untuk memperkenalkan era baharu sinergi antara kesejahteraan dan muzik.
Menyedari potensi NMN untuk meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat, kerjasama ini memperkenalkan produk pertama mereka, Zeleb+ NMN. Dengan meluaskan manfaat NMN kepada khalayak yang luas, termasuk artis dan selebriti, kerjasama ini sejajar dengan hala tuju strategik kedua-dua pihak, Surya Malaysia dan Universal Music Malaysia untuk mempromosikan kesejahteraan dan kebahagiaan di Malaysia, menjadikannya lebih daripada pemerhatian anekdot tetapi cara asas untuk kehidupan rakyat Malaysia.
Surya terus komited untuk membangunkan lebih banyak produk kesihatan untuk rakyat Malaysia. Sementara itu, Universal Music, memanfaatkan pengaruh selebritinya, berusaha untuk menyebarkan lebih banyak kegembiraan melalui ‘kesejahteraan berpaksikan muzik' kepada orang ramai.
Ernie Zakri Menemukan Tenaga, Kecergasan dan Keremajaan Semula dengan Zeleb+ NMN
Adakah anda rasa terperangkap dalam rutin menjadi seorang ibu sepenuh masa dan seorang wanita berkerjaya? Perilu bangun awal pagi demi memastikan sarapan tersedia untuk anak-anak dan bersiap untuk pergi kerja? Kemudian perlu melalui kesesakan lalu lintas semasa pergi kerja, dan mula bekerja dengan perasaan stress, selepas itu terpaksa melalui kesesakan lagi pada waktu pulang selepas kerja demi meluangkan masa bersama keluarga? Penat bukan? Walaubagaimanapun, anda tetap terpaksa melalui benda yang sama setiap hari kerana itulah kehidupan.
Artis berbakat besar, Ernie Zakri, tahu pentingnya keseimbangan. Seorang isteri, ibu, penyanyi, penulis lagu, dan artis, hari-hari beliau dipenuhi dengan onak dan duri usaha kreatif dan komitmen keluarga. Mengekalkan tenaga untuk berjaya dalam semua tanggungjawab ini boleh menjadi satu cabaran, tetapi Ernie Zakri telah menemui senjata rahsia - Zeleb+ NMN.
“Sebagai seorang ibu, saya akan mengatakan bahawa ia memerlukan banyak tenaga," kata Ernie Zakri. “Oleh kerana Zeleb+ NMN dapat memberikan rangsangan tenaga, ini menjadikan kerja saya lebih mudah dengan anak saya. Apabila kita mempunyai tenaga, lebih mudah untuk bermain dengan anak perempuan saya dari siang hingga malam. la membantu saya untuk menjadi lebih bertenaga dan menjadi ibu yang lebih baik.
Manfaat Zeleb+ NMN membantu lebih daripada tenaga fizikal sahaja. Ernie Zakri menyatakan bahawa ia juga XN meningkatkan fungsi kognitif dan fokusnya, yang penting untuk kerjaya nyanyiannya. “Sebagai penyanyi, saya percaya ketepatan dan kejelasan memainkan peranan penting dalam setiap persembahan saya. Zeleb+ NMN membantu saya dengan fungsi kognitif dan kekal fokus.”
Selain daripada kelebihan yang Ernie dapat untuk beliau membuat persembahan, Zeleb+ NMN membantu Ernie kekal fokus dan mengelakkan gangguan di studio rakaman. “Saya rasa Zeleb+ NMN membantu saya untuk kekal fokus, terutamanya apabila saya berada di studio gelap. Sangat penting bagi saya untuk kekal fokus dan tidak terganggu oleh perkara lain."
Secara keseluruhan, Zeleb+ NMN telah menjadi sebahagian daripada rutin harian Ernie. "Saya mesti katakan Zeleb+ NMN benar-benar banyak membantu saya dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian saya," kata Emie Zakri. “la bukan hanya mengenai tenaga, tetapi juga untuk meremajakan kulit, untuk kekal muda remaja.”
Zeleb+ NMN: Sains di Sebalik Tenaga
NAD+: Blok Pembinaan Kesihatan Sel
Idea di sebalik Zeleb+ NMN diperoleh daripada memahami kepentingan NAD+ (Nicotinamide Adenine Dinucleotide), koenzim utama yang terdapat dalam semua sel hidup yang memainkan peranan penting untuk proses-proses seperti tenaga metabolisme, pembaikan DNA, ketahanan hidup dan keradangan, yang juga berkait rapat dengan penuaan. Apabila kita meningkat usia, paras NAD+ dalam badan secara semulajadi akan berkurangan, menjejaskan kadar pengeluaran tenaga dan fungsi sel. Ini membawa kepada banyak gejala yang biasa kita kaitkan dengan penuaan, termasuk isu kesihatan yang berkaitan dengan usia.
Apabila NMN (nicotinamide mononucleotide) mula bertindak, ia bekerja sebagai molekul semulajadi yang terdapat dalam sel hidup. NMN ditukar terus kepada NAD+ dalam badan, dan dengan itu suplemen NMN membantu meningkatkan tahap NAD+, yang berpotensi memperlahankan penurunan sel berkaitan usia. Tidak hairanilah NMN juga dikenali sebagai 'peransang sel’, kerana ia meningkatkan kadar pengeluaran NAD+, menjadikan sel anda lebih kuat dan badan lebih bersedia untuk memerangi kesan penuaan.
Mari kita lihat pada sudut lebih jelas bagaimana Zeleb+ NMN bertindak dari sudut sains ke dalam diri kita. Anggap padan kita adalah bateni yang perlu dicaj, dan NAD+ adalah sumber untuk bateri itu berfungsi. Semakin kita berusia, bateri mula berkurangan (tahap NAD+ berkurangan), dan merujuk kepada tenaga yang berkurangan dan kurang berkesan.
Sekarang, NMN bertindak sebagai pengecas bateri. Apabila mengaktifkan pengecas (NMN supplemen), ia akan menambahkan kuasa bateri (meningkatkan tahap NAD+), membenarkan bateri berfungsi pada tahap yang baik sekali lagi. Jadi, dengan menambah bateri dengan NMN yang berterusan, badan kita akan memberikan tenaga untuk mengekalkan kecergasan dan melambatkan kesan penuaan.
Kenapa Memilih Zeleb+ NMN?
Memperkenalkan Zeleb+ NMN, suplemen yang diuji secara saintifik , dirumus dengan 99% NMN tulen untuk meningkatkan tahap tenaga dengan berkesan. la terdiri daripada empat bahan aktif utama iaitu 250mg NMN, pterostilbene dalam anggur dan anthocyanidin dalam bilberry, untuk penyelenggaraan sel berkaitan usia, serta ditambah dengan betaine dalam ubi bit untuk meningkatkan lagi NAD+. Suplemen ini didatangkan dalam perisa anggur botani yang lazat, ia rendah lemak, rendah natrium ultra rendah dan tinggi protein. la juga mudah disediakan dan anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dan di mana sahaja sesuai dengan gaya hidup moden yang aktif. Memandangkan setiap sachet mengandungi dos 250mg NMN yang disyorkan, satu sachet Zeleb+ NMN sehari adalah mencukupi untuk meningkatkan tahap tenaga dan meningkatkan kesihatan sel berkaitan usia sel anda.
Sejak ia dilancarkan, Zeleb+ NMN terus mendapat pujian kerana jaminan kualitinya yang tidak boleh dipertikaikan lagi, memperoleh pensijilan GMP (Amalan Pengilangan Baik) dan akreditasi HACCP dan MeSTI untuk keselamatan makanan, dan pensijilan Halal.
Kerjasama dengan Watsons
Kerjasama dengan Watsons menyerlahkan komitmen Zeleb+ NMN yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan keberkesanan. Dengan standard dan komitmen Watsons yang ketat terhadap kecemerlangan, pelanggan boleh mempercayai integriti dan keberkesanan Zeleb+ NMN ketika mereka memulakan perjalanan mereka untuk meningkatkan tenaga, kecergasan & penuaan anggun. Pelanggan boleh dapatkan Zeleb+ NMN dari Watsons store terpilin, aplikasi dan website Watsons. Untuk info lebih lanjut, sila layari www.watsons.com.my.
No comments
I want you to know how much I value your support.