Terbaru/News

Pelancaran Program "Merakyatkan Seni Budaya"

Pelancaran program merakyatkan seni budaya telah diadakan di Summit USJ Subang dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.



Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun selaku penganjur telah melaksanakan program menarik secara bersepadu melibatkan kerjasama pelbagai rakan strategik terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.




Penganjuran program melalui kerjasama strategik seperti ini amat digalakkan sebagaimana yang disarankan oleh Kerajaan dalam usaha memastikan setiap program yang dilaksanakan memberi nilai tambah dan impak positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.




Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan. Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.


Lebih banyak butiran seni budaya yang boleh diketengahkan dan dipromosikan sebagai produk pelancongan di Negeri Selangor. Bagi memperkasakan bidang kebudayaan ini menjadi tanggungjawab bersama sama ada diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan NGO melalui program-program pengembangan budaya yang lebih berkesan.



Ia perlu dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan teratur melalui penglibatan sektor pendidikan, pelancongan dan lain-lain yang berkaitan bagi memastikan seni, budaya dan warisan terus kekal relevan dan diwarisi sebagai satu kebudayaan yang bernilai oleh generasi akan datang.



Masyarakat Malaysia, khususnya rakyat Selangor terus berganding bahu membantu menyemarakkan dan memperkasakan khazanah seni budaya Malaysia agar terus kekal diamalkan.



Program ini turut sama dihadiri oleh YBrs Ahmad Firdaus Bin Dato’ Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia, YBrs Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Prof Madya Sahar Sa’Adi Bin Hashim, Rektor Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar dan YBrs Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.




Pelbagai program telah di sediakan termasuklah pertunjukan tarian seni dan budaya Malaysia (Jkkn) demo Masakan Budaya oleh Chef Selebriti Iskandar, aktiviti permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, baling selipar, lompat getah dan aktiviti jualan. Majlis di meriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan Bob Yusof , Akademi Fantasia.
#MerakyatkanSeniBudaya #VisitMalaysia2020 #VM2020 #CuticutiMalaysia

1 comment:

  1. Kena banyak program macam ni menyemarakkan aktiviti sukan rakyat... Asyik e-sport sahaja dibagi kelebihankan...

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...