Terbaru/News

PANTAI KOH TAO DAN KOH NANG YUAN

Pantai Koh Tao dan Koh Nang Yuan 
-------------------------------


Gugusan kepulauan Samui meliputi Koh Phangan dan Koh Tao yang terletak diutara Samui.Perjalan kami menaiki feri besar menuju ke Koh Tao dan Koh Nang Yuan bersama dengan ramai pelancong dari pelbagai negara Kedua-dua pulau kecil ini memiliki keindahan panorama yang cukup mengkagumkan. 

Koh Nangyuan tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia jadi tidak hairanlah kenapa pulau ini menjadi tumpuan utama pengunjung. 

Kami sudah siap untuk mandi pastinya snorkeling menjadi aktiviti paling digemari di sini. Keindahan karang serta kepelbagaian spesis ikan menjadi tarikan utama setiap pengunjung. 

Airnya yang jernih memudahkan kami melihat batu karang dan ikan-ikan berwarna-warni.Kami sempat memanjat ke puncak bukit di situ dan mendaki sekitar 30 minit. 



Keletihan pasti tidak akan terasa saat melihat pemandangan pulau yang indah dan lautan yang terbentang luas.kami turun setelah banyak bergambar di atas puncak bukit untuk sambung mandi di tepi pantai.

Pengunjung akan terasa damai dan tenang menyaksikan pasir yang memutih dan angin laut yang begitu menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang begitu jernih.

Walaupun penat mendaki panorama di atas bukitnya sememangnya begitu cantik dan mempersonakan.

No comments

I want you to know how much I value your support.

Pelancaran Program "Merakyatkan Seni Budaya"

Pelancaran program merakyatkan seni budaya telah diadakan di Summit USJ Subang dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid b...