Terbaru/News

PULAU BELITUNG YANG MEMPERSONA

Tanjung Pandan Belitung Bumi Laskar Pelangi

Indonesia juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai.  Belitung adalah pulau yang pada asalnya tidak terkenal dan pulau tersembunyi.

Hujung tahun ini akan muncul penerbangan terus dari Malaysia dan pasti ramai yang ternanti-nanti untuk ke sini. Peminat laskar pelangi pasti ingin tahu apa rahsia di sebalik nama Belitung. Sejak munculnya filem gambar Laskar Pelangi, keindahan pulau Belitung telah tersebar di media sosial dan menjadikan kawasan ini terkenal oleh pelancong-pelancong seluruh dunia. Belitung, atau Belitong (nama diambil dari nama sejenis siput laut),
dulunya dikenal sebagai Billiton adalah sebuah pulau di pantai timur Sumatra, Indonesia, diapit oleh Selat Gaspar dan Selat Karimata. Pulau ini terkenal dengan tanaman lada putih yang kami lihat banyak ditanam di sekitar kawasan tepi jalan dan kebun-kebun.
Pulau ini banyak dengan hasil galian mineral bawah tanah seperti timahputih (Stannuum), pasir kuarsa, tanah liat putih (kaolin), dan granit. hasil galian paling penting Belitung adalah timah. Usaha galian bijih timah sudah dilakukan sejak zaman Belanda. Pulau ini dahulu dimiliki Britania Raya (1812), sebelum akhirnya ditukar kepada Belanda, bersama-sama Bengkulu, Singapura dan New Amsterdam Kota utamanya adalah Tanjung Pandan. Pulau Belitung mempunyai 2 daerah iaitu Tanjung Pandan dan Manggar. Sebagian besar penduduknya, terutama yang tinggal di kawasan pesisir pantai adalah nelayan dengan menjual hasil ikan laut. Kekayaan sumber laut menjadi salah satu sumber mata pencarian penduduk Belitung. Sumber daya alam yang tak kalah penting bagi . Penduduk Pulau Belitung adalah suku Melayu (bertutur dengan dialek Belitung) dan keturunan Tionghoa Hokkien dan Hakka. Saya mulakan dengan video Belitung yang pasti buat anda tertarik!


Destinasi pelancongan terkenal mereka adalah pantai dan pulau-pulau kecil.Kami terus menuju ke kedai kopi yang banyak di sekitar Belitung sebelum ke pantai-pantai. Wajib anda merasai kopi Belitungyang sangat terkenal di sini. Menikmati secawan kopi Belitung mampu membuatkan ada tersenyum. Harga satu secawan kopi sekitar Rp.3.000-Rp.6.000. Mereka mengelarkanBelitung sebagai “Kota 1001 Warung Kopi”.



Pantai Tanjung Tinggi adalah pantai paling terkenal di Belitung yang digunakan sebagai salah satu lokasi lakonan filem Laskar Pelangi. Filem ini mendapat sambungan hangat di Indonesia. Pantai ini terletak di sebelah utara Belitung, sejauh 37 km dari kota Tanjung Pandan. Pasir putih yang lembut dan batu granit yang sangat besar menjadikan pulau ini cukup menarik bagi kami. kawasan ini sesuai di jadikan pantai untuk riadah bersama keluarga yang lengkap dengan kedai makanan dan cenderahati.














 Video Promo Belitung yang menariktapi kali ni saya jumpa pulau rahsia yang memang betul-betul rahsia.
A video posted by dboystudio (@dboy_studio) on

Antara Lapangan Terbang kesukaan saya setakat ini sebab boleh selfie dan bergambar tanpa halangan cantik dan menarik.


A photo posted by dboystudio (@dboy_studio) on

A video posted by dboystudio (@dboy_studio) on


A video posted by dboystudio (@dboy_studio) on


Bagi yang belum merasai "WonderfulIndonesia " silalah memilih Belitung destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan pantai-pantai dan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga. Jangan lupa Pekena Kopi Belitung sekali!

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...