Terbaru/News

RUMAH POHON PULAU LEEBONG

 Rumah Pohon Pulau leebong 
Pulau Leebong adalah pulau dengan luas 37 hektar, 3 kilometer dari pesisir Belitung, Indonesia. Sebagai salah satu pulau yang sangat menakjubkan, Leebong masih cantik dan tidak terusik dengan banyak pembangunan. Dikelilingi oleh pantai pasir putih yang indah. Pulau ini juga merupakan sebuah hutan hujan dengan Flora dan fauna yang subur. Kelibat burung kakak tua kecil sering terbang di kawasan ini. Pelbagai binaan chalet dan beranda mengggunakan kayu apung dan atap alang-alang yang nampak semulajadi. Lawati web Pulau Leebong di sini.

Perjalanan kami bermula ke Pelabuhan Tanjung Ru. Dari sini kami menaiki bot kecil ke Pulau Leebong bersama @SahabatKonvoi TravelTours . Pemandangan sangat cantik melalui kawasan-kawasan tebing sungai yang mempunyai kolam-kolam ikan dan kawasan berpaya kayu bakau.


















 Bagi yang belum merasai "WonderfulIndonesia " silalah memilih Belitung destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan pantai-pantai dan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga. Jangan lupa Pekena Kopi Belitung sekali!

A photo posted by dboystudio (@dboy_studio) on




No comments

I want you to know how much I value your support.

Pelancaran Program "Merakyatkan Seni Budaya"

Pelancaran program merakyatkan seni budaya telah diadakan di Summit USJ Subang dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid b...