Keunikan Labu Sayong di Kraf Sazila Kampong Sayong
Kraf Sazila (@mehansenterprise ) di Kampong Sayong | Bersama dengan Peserta Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2017 dapat merasai pengalaman membuat labu sayong yang amat popular di negeri Perak.
Sesiapa yang mengunjungi ke Bandar Diraja Kuala Kangsar pasti akan singgah ke industri labu sayong yang memang terkenal dari dulu lagi. Kami berkesempatan singgah untuk melihat keunikannya perusahaan labu sayong.
Teknik pembuatan labu sayong telah berubah dari teknik tradisional iaitu menggunakan tangan secara tradisional kepada teknik moden menggunakan acuan dan pembancuh tanah. Pelbagai jenis labu sayung yang terkini dan terkenal telah dihasilkan adalah seperti tempat mengisi air, cenderamata, hiasan lampu hiasan dan pasu bunga .
Kami berharap agar industri kraftangan labu sayong ini akan berkembang ke seluruh negeri dan negara yang memberikan pendapatan yang baik kepada penduduk sekitar.
Perserta mengambil kesempatan mengukir dan membuat sendiri pasu mereka yang turut mendapat ajaran dari pihak Kraf yang membantu denagn mesranya.
Kunjungan Y.B Dato Kamil sambil beramah mesra bersama Peserta Asean Media Bloggers Tourism Hunt 2017 di Kraf Sazila ( @mehansenterprise ) di Kampung Sayong, dimana tampat asal usul pembikinannya bagi meraikan kedatangan peserta sambil membuat labu sayong yang amat popular di negeri Perak.
Terima Kasih kepada Tourism Malaysia yang membawa kami ke sini untuk mempelajari dan menunjukkan kepada para peserta Asean keunikan yang ada di Negeri Perak.
LABU SAYONG (KRAF SAZILAH)
Instagram : @mehansenterprise
IP0393632-K . 2) T4 DATARAN DATO' SAGOR, MEDAN SELERA DATARAN DATO' SAGOR, IPOH Labu Sayong/Doorgift - ORDER Whatsapp/Messages : 0175499942
No comments
I want you to know how much I value your support.