Terbaru/News

Projek "Unseen Tours KL" Bersama majalah travel360.com, Yellow House dan Dbkl

travel360.com perkasa rakan jalanan bersama Yellow House dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Platform digital travel360.com, majalah dalam penerbangan AirAsia travel360, hari ini mengumumkan kerjasama dengan organisasi bukan bukan kerajaan Yellow House dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memperindahkan bandar Kuala Lumpur dan memperkasakan komunitinya.





Melalui kerjasama ini, travel360.com berharap untuk menyediakan pengalaman perjalanan sebenar dengan mengintegrasikan komuniti dan kisah mereka. Menerusi kerjasama dengan Yellow House melalui projek ‘Unseen Tours KL’, travel360.com akan menawarkan program lawatan ‘travel360 Dance-walking Tour’ yang eksklusif, diterajui oleh rakan jalanan dan komuniti yang kurang bernasib baik yang terlatih sebagai pemandu pelancong.

Acara itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 YBhg. Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan yang turut melancarkan sebuah mural khas bagi menandakan kerjasama itu. 



Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif travel360.com Spencer Lee dan Pengasas Yellow House Shyam Priah. Ketua Pegawai Eksekutif travel360.com Spencer Lee berkata, “Perjalanan bukan hanya terhad kepada percutian penuh keseronokan tetapi juga pengembaraan dan penemuan. 



https://www.instagram.com/p/Bo2_MXqDP7W/?utm_source=ig_web_copy_link


Kini ramai mencari pengalaman sosial yang melibatkan komuniti dan budaya. Justeru, kami teruja akan kerjasama ini untuk melihat kuasa sektor pelancongan dalam mengubah kehidupan komuniti yang datang dari pelbagai latar belakang. 

Program lawatan eksklusif ini juga merupakan inisiatif untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakan-rakan jalanan di Kuala Lumpur dengan melatih mereka untuk menjadi pemandu pelancong yang berpengalaman. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-12 YBhg. Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, ‘‘Kami mengalu-alukan kerjasama seperti ini kerana ia benar-benar menunjukkan bahawa organisasi yang
berbeza boleh berganding bahu untuk untuk terus meletakkan bandar ini di mata dunia. Kami juga yakin bahawa mural terbaru di bandar ini akan menjadi satu tarikan tambahan yang positif dan pasti menarik pelancong asing dan tempatan. “






Tiket lawatan ‘travel360 Dance-walking Tour’ 
 https://yellowhousekl.com/unseentourskl/travel360-dance-walking-tour untuk RM85 seorang. 

Lawatan unik ini membawa pelawat menyertai tarian dan persembahan kilat berkumpulan (flash mob) di sekitar mercu tanda tempatan dan lorong-lorong menarik untuk melihat, mendengar dan mengalami bandar Kuala Lumpur. Para peserta juga akan mempelajari sejarah bandar Kuala Lumpur sejak tahun 1800-an termasuklah bagaimana ianya berkembang pesat seperti ke hari ini.


No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...