Terbaru/News

Pemeriksaan Kaki Percuma Di Sunfeet Promosi Kembali Ke Sekolah

Promosi Kembali ke Sekolah oleh Sunfeet International Rehabilitation Center membantu ibu bapa mendapatkan kasut yang sesuai untuk anak-anak pada sesi persekolahan akan datang.



Kami sempat melawat ke Sunfeet International Rehabilitation Center yang terletak di Petaling Jaya bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman melakukan pemeriksaan kaki.







Dato' Dr. Edmund Lee merupakan pakar Ortotik dan merupakan generasi ketiga yang meneruskan legasi ini. Hasil dari pemeriksaan di Sunfeet International Rehabilitation Center bahagian kaki terlebih berat di sebelah kiri menurut Dato Dr. Edmund harus mendapatkan rawatan dan bahagian lutut juga. 



Sunfeet International Rehab Center ni ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kaki secara percuma. Anda perlu datang bawa anak-anak dan keluarga dan periksa kaki bagi mengenalpasti tahap kesihatan kaki masing-masing barulah anda tahu apa yang anda harus selesaikan masalah anda.



Kami sempat mendegar segala fakta dan masalah kaki dan penyelesaianya. Memang menarik di dengar dan maklumat yang berguna.






Terdapat beberapa jenis masalah kaki yang dapat dilihat antaranya tapak kaki rata, lengkungan tinggi dan pelbagai lagi. Setiap jenis tapak kaki ini akan memberitahu masalah yang dihidapi seperti sakit belakang, sakit lutut dan banyak lagi.


Anda lihat gambar antara masalah-masalah yang sering di hadapi oleh pungguna jika tidak menjaga kaki dengan betul.






 Sunfeet mampu mengenal pasti masalah dan membantu bagi menyediakan tapak kasut yang direka khas ataupun kasut yang direka khas bergantung kepada masalah kaki pengguna tersebut. Bagi orang dewasa memakai tapak kasut sokongan pula dapat membantu menyokong struktur kaki dan lebih selesa di pakai.




Ibu bapa perlu peka dengan tahap kesihatan kaki anak-anak. Kasut sekolah yang selesa dapat menjamin kesihatan yang baik serta menjadikan anak-anak lebih aktif. Pelbagai pilihan kasut sekolah yang boleh dipilih dan semestinya selesa untuk dipakai. 



Sunfeet turut mengeluarkan beg sekolah yang menyokong tulang belakang pelajar. Zaman sekarang anak-anak membawa buku teks serta buku latihan yang berat setiap hari. Rekaan beg sekolah ini menarik serta dapat mengurangkan sakit belakang  pelajar disebabkan buku-buku yang berat.


PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH

Bagi sesi persekolahan yang akan datang, Sunfeet turut mengadakan promosi kembali ke sekolah bagi kanak-kanak bagi membetulkan masalah kaki yang dihadapi dengan mengenakan kasut yang sesuai. Pelbagai pilihan warna cantik terdapat di jual di sini.












Antara fasiliti yang terdapat di sini yang boleh anda gunakan dan bilik kanak-kanak bermain turut di sediakan.












Sementara masih cuti sekolah ini mari kita mengunjungi Sunfeet International Rehabilitation Center bagi mendapatkan pemeriksaan kaki secara percuma dan membeli kasut sekolah serta beg sekolah yang terbaik untuk anak-anak. Pastikan kita mengambil langkah pencegahan dari awal untuk kebaikan semua.

Waktu operasi: 
Buka setiap hari - 10AM- 7PM 

Alamat: 
Sunfeet International Rehabilitation Centre Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Contact: 013-912 2939 


Untuk keterangan lanjut lawati website :

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...