Terbaru/News

Wangian Istimewa Demeter Fragrance Kini di Watsons Malaysia

Demeter Fragrance Library Wangian Yang Di Inspirasi Dari Kenangan Indah. Sememangnya jenama Demeter ni sangat unik dan ianya di asas oleh pakar wangian yang berbakat, Christopher Brosius di Amerika Syarikat sejak 1996 dan hingga kini Demeter Fragrance Library sebagai jenama tunggal haruman dengan 300 wangian yang diinspirasi dari bahan dan pengalaman harian. 

Kiri: Jason Park, CEO of Fingertouche (M) Sdn. Bhd, James Lee, CEO of Demeter Asia Pacific, Thoren Tan, Trading Director dan Danny Hoh, Customer Director dengan brand ambassadors.



Wangian Demeter Fragrance Library seakan ekspresi peribadi kepada tindak balas emosi kita. Malah jenama ini juga menjadi kegemaran dikalangan selebriti dari Korea dan Hollywood!




Perniagaan wangian berubah sejak sejak sekian lama, pelanggan sentiasa mencari kepelbagaian tapi dalam masa yang sama inginkan haruman yang menyerlah dalam setiap haruman. Pelanggan juga memilih wangian yang berinspirasi dan menepati citarasa diri. Pendek kata, kualiti dan keselesaan buat si pemakai. 



Dengan terdapatnya Demeter Fragrance Library secara ekslusif di kedai Watsons dan para pelanggan hanya perlu memilih wangian kesesuaian diri. Selain dari itu, jenama Demeter juga menawarkan krim tangan, lip balms dan pelbagai minyak wangi yang direka dengan ciri berbeza. Bersempena dengan musim perayaan hari Natal yang bakal tiba, Demeter Frangrance Library merupakan hadiah yang terbaik untuk orang kesayangan atau untuk diri sendiri 
Caryn Loh, Managing Director Watsons Malaysia.









Semasa pelancaran Demeter, pihak media diberi peluang mencipta wangian sendiri secara DIY memilih untuk membuat wangian sendiri. Kami diberi sedikit tunjuk ajar dan bebas memilih ekstrak yang disediakan memilih kombinasi ektrak wangian terpilih.


Demeter Fragrance Library diasaskan bermula dari ingatan. Otak kita merakam setiap kebahagian dalam kehidupan seharian kita bilamana kita mendapat pengalaman baru, mengenali perasaan baru setiap hari. 

Dengan Watsons, kami berharap Demeter dapat mengembangkan pengaruh wangian kami dan mengembalikan kenangan yang menggembirakan apabila pelanggan menggunakan minyak wangi jenama kami 
James Lee, CEO Demeter Asia Pacific





Demeter Fragrance Library menawarkan enam wangian klasik antaranya White Musk, Icelandic Aurora, Baby Powder, Crystal Rose, Sweet Baby dan Something 



Terdapat empat wangian edisi terhad dinamakan The City Version yang diinspirasi dari pelbagai budaya Malaysia dan setiap haruman dibuat dan dinamakan Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan Malacca. 





Sesiapa sahaja boleh boleh menampilkan diri sendiri dengan haruman buat pertama kalinaya dengan menggunakan Demeter Fragrance Library sebagai palet wangian, kita boleh merekacipta dan menghasilkan wangian sendiri. Haruman Demeter Fragrance Library adalah kombinasi haruman yang sedikit dari yang bauan yang dikenali. Dengan karakter istimewa, ianya boleh dikenali pembuatannya secara langsung dan tidaka berubah mengikut peredaran masa. Inilah yang direka oleh pakar wangian bagi mengekalkan dengan penuh prestij dan istimewa.




Wangian Demeter Fragrance yang direka secara ekslusif untuk Malaysia tampil dengan botol bersaiz 30ml dan boleh didapati di kedai-kedai Watson yang terpilih. 

Nak tahu lebih lanjut, layari yang berikut:


Mengenai Demeter Fragrance Library
Bermula dengan kedai pertama terletak di Gangnam, Seoul, Demeter Fragrance Library komited mengembangkan pengunaan wangian ke serata tempat dengan lebih 300 kedai di Korea. Dibawah pengurusan cekap James Lee, Demeter Fragrance Library kini dieksport ke lebih 20 negara dengan lebih 350 kedai diseluruh rantau Asia Pasifik termsuk Malaysia, Hongkong, Taiwan, Thailand dan China.

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...