Terbaru/News

PAS PERJALANAN TANPA HAD MY100, MY50 BOLEH DIGUNA MULAI HARI INI

PAS PERJALANAN TANPA HAD MY100, MY50 BOLEH DIGUNA MULAI HARI INI

 Pas perjalanan tanpa had My100 dan My50, yang memberikan penjimatan melampau apabila menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL, sudah boleh digunakan sepenuhnya mulai hari ini.


Ini, sekali gus, memberikan keselesaan dan kemudahan perjalanan di samping penjimatan bagi mereka yang sudah membeli pakej pas perjalanan tanpa had ini untuk meraikan sambutan Ambang Tahun Baru 2019 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada malam ini.


Eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, pas perjalanan My100 akan memberikan akses tanpa had untuk semua perkhidmatan yang disediakan oleh Rapid KL daripada monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, bas perantara MRT dan semua bas ganti-ganti Rapid KL, dengan hanya membayar RM100 untuk tempoh perjalanan selama 30 hari.

Pakej My50, yang berharga hanya RM50 untuk tempoh 30 hari, pula memberikan penggunaan tanpa had untuk semua perkhidmatan bas Rapid KL, yang beroperasi untuk lebih 180 laluan di seluruh Lembah Klang dan Selangor, dan perkhidmatan bas perantara MRT.

“Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Mahathir Mohamad pada 1 Disember lepas, sambutan yang diberikan adalah amat baik dengan kira-kira 20,000 pengguna sudah mendaftar untuk melanggan pakej berkenaan. Kami jangkakan lebih ramai akan membuat langganan masing-masing,” menurut satu kenyataan media Rapid KL hari ini.

Untuk melanggan, para pengguna hanya perlu membawa kad pengenalan MyKad dan kad MyTentera untuk anggota tentera ke mana-mana stesen LRT, MRT, BRT atau monorel untuk mendaftar.

Para pengguna juga boleh membuat langganan dengan membuat pendaftaran di lima hab bas Rapid KL; iaitu di hab bas Pasar Seni, Terminal Kajang, Greenwood, Sri Nilam dan has bas Seksyen 2, Shah Alam. Ini khususnya bagi mereka yang berhasrat melanggan pakej My50. 

Satu inisiatif besar oleh Kerajaan dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandaraya, kempen perjalanan tanpa had ini turut disokong oleh 10 atlit terulung negara - Datuk Nicol David, Syakilla Salni Jefry Krishnan, Syadatul Afifah Badrul Hawidi, Farah Ann Abdul Hadi, Julian Yee Zhije, Leong Mun Yee, Cheong Jun Hoong, Welson Sim, Goh Liu Ying, dan atlit paralimpik Mohamad Redzuan Mohamad Puzi. 

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...