Terbaru/News

7 Makanan Pilihan Travelogue Di Langkawi

Pengembaraan kami ke Pulau Langkawi bagi menjelajah destinasi percutian menarik. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.


Pulau Langkawi telah dibuka untuk pengunjung dari dalam negeri setelah pendemik covid19 telah reda dan selamat di lawati. Tapi tak kurang hebatnya makanan tempatan mereka yang mempunyai pelbagai makanan menarik yang sedap dan lazat. Ini hanya makanan yang kami cuba, pastinya banyak lagi makanan yang menarik untuk anda kunjungi.

1. Nasi Dagang Pak Malau.
Spot menarik untuk menikmati makanan sedap sambil layan pemandangan indah gunung dan sawah padi di Nasi Dagang Pak Malau . Boleh cuba nasi dagang dan nasi minyak bersama gulai ayam, daging, ikan, kambing dan masak kurma kambing yang mantap.





Terdapat 2 galeri Rumah lama masih dalam pembinaan yang akan menempatkan koleksi-koleksi barangan lama dan antik untuk tatapan pengunjung yang dapat ke Nasi Dagang Pak Malau.

@Nasi Dagang Pak Malau
No. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah 07000 Langkawi
Tel : 012-271 1977


2. Nelayan KB Cafe.
Spot salah satu lokasi untuk anda mencuba kerabu bronok dan gulai ikan selepas menikmati pemandangan cantik. Setelah penat menjelajahi Biogeotrail Kubang Badak pastikan anda mencuba menikmati makanan tengahari di sini. Restoran ini terletak di jeti atau Pengkalan Kubang Badak, Langkawi. 







Kena cuba gulai ikan yang pekat memang padu dan kerabu bronok yang hanya terdapat di Langkawi. Nampak seperti hidangan kampung tetapi rasa asli  dan ulam-ulam yang pastinya anda menjilat jari.

Nelayan KB Cafe.
Pengkalan Kubang Badak, Langkawi
Kubang Badak Mangrove Reserve, Kampung Kelubi, 07000 Langkawi
Tel : 017-509 7589

3. Restoran Selera Lubuk Buaya.
Kami sempat menikmati hidangan makan malam di Restoran Selera Lubuk Buaya. Langkawi memang terkenal dengan makanan laut yang sedap dan segar. Alhamdulillah restoran dan kedai makan nampak makin ramai mendapat kunjungan pelancong.





Pastikan anda menempah tempat duduk anda lebih awal kerana kedai ini agak popular di Langkawi.

Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun anda datang dalam kumpulan yang agak besar. Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah.

@Restoran Selera Lubuk Buaya.
lot 9659 kg pdg puteh, 07000 Langkawi
Tel : 017-546 7914


4. MyDz corner
Sarapan pagi di Langkawi memang sedap-sedap dan menarik. Ada jer makanan baru yang tak pernah lihat. Jangan lupa mencuba Peknga jika datang ke Langkawi. Kena datang awal sikit takut habis sebab sedap.





Apa yang menarik pelbagai makanan bungkus dan kuih-muih yang berwarna warni ada di jual. Kami sarankan anda mencuba Peknga jika datang ke Langkawi.

@Kedai Sarapan Pagi MyDZ corner
Jalan Kelibang, Kelibang, 07000 Langkawi
Tel : 017-546 7914


5. Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant
Spot menarik makan malam sambil menunggu matahari terbenam di Pantai Tengah. Jika anda ingin bersantai di tepi pantai bolehlah berkunjung ke sini atau sambil melihat anak mandi-manda.





Terletak di kawasan yang agak tersorok dan sedikit jauh tetapi pemandang matahari terbenam memang cantik. Boleh menempatkan ramai pengunjung dalam satu-satu masa.

@Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant
Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel : 010-811 1478


6. Restoran Kampung Huma
Salah satu lagi menarik untuk sarapan pagi di Ayer Hangat, Langkawi bersebelahan sahaja dengan Rouhi Retreats yang menawarkan aneka makanan menarik termasuk Nasi Lemak, Nasi minyak dan kuih muih. Waktu pagi sahaja memang ramai termasuk pekerja-pekerja dan budak sekolah membeli.



Memang sesuai untuk keluarga besar membeli sarapan pagi di sini dan kesemuanya sedap-sedap. Nasi lemak sebungkus hanya seringgit dan kuih-muih 3 seringgit sahaja.
Terdapat juga makanan dan kuih yang biasanya tiasa di tempat lain. Kami suka pau dia yang sedap! jangan lupa singgah tau!

@Warung Restoran Kampung Huma
8, Jalan Ulu Melaka, Bohor Merah, 07000 Langkawi


7.  Your Cruise Sensation 
Pengalaman menaiki naik Yacht di Langkawi dan pelayaran selama 4 jam sambil menikmati keindahan Pulau Langkawi memang ohsem. Selain aktiviti mandi-manda dan makan di atas kapal anda boleh juga berkayak. 


Salah satu lokasi makanan menarik juga tapi agak eksklusif tapi memang sedap sambil layan bayu laut. Masakan dari chef-chef yang hebat dan sedap menanti anda jika mengambil pakej bersama Your Cruise Sensation





@Your Cruise Sensation
Royal Langkawi Yatch Club
No 27 Jalan Pandak Mayah 5 Bandar Kuah, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah
012-631 3147 www.yourcruiseservices.com



Laksa Ikan seekor
Bagi yang menaiki kapal terbang jangan lupa singgah ke kedai laksa seekor sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan melihat sendiri keindahan pantai sambil menikmati hidangan popular ini. Selain itu boleh juga menikmati cendol dan air kelapa yang segar.



Jika ke Langkawi jangan lupa cuba menikmati makanan-makanan menarik mereka dan bercuti dengan selamat. Kalau ada tempat-tempat menarik lagi boleh bagi tahu kami untuk kunjungan seterusnya.

Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...