Terbaru/News

Mandi-Manda Dan Aktiviti Sukan Air di Paradise 101, Langkawi

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Pulau Langkawi. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.

Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Langkawi dan kami berpeluang menikmati pengalaman mandi-manda dan melakukan aktiviti menarik di Paradise 101.



Paradise 101 adalah pulau persendirian dan pulau buatan manusia yang miliki oleh NAAM Sdn Bhd. Salah satu lokasi mandi-manda dan permainan aktiviti air yang menarik di Langkawi. Pengunjung dapat melakukan aktiviti zipline, banana bot, jetski, kayak dan pelbagai lagi.




Bagi mereka yang ingin membuat sebarang majlis, meeting dan perkahwinan juga boleh dilakuan lakukan di Paradise 101. Pemandangan yang cantik dengan pantai yang putih dan pokok-pokok pine yang lawa-lawa.




Setelah anda menempah aktiviti permainan dan sukan air anda akan di periksa mengikut sop yang di tetapkan termasuklah suhu dan 2 dos matang vaksin jika berkunjung kesini. Anda perlu menaiki boat sejauh 5minit untuk sampai ke Paradise 101.



\



Banyak kemudahan yang terdapat seperti spot bergambar, tempat rehat dan santai sambil menikmati pemandangan laut. loker dan tuala juga anda boleh sewa untuk keselesaan ketika mandi-manda.







Kami sempat bermain bola tampar kerana cuaca tidak bagus untuk melakukan aktiviti jet ski dan zipline, jadi kami semua memilih untuk bermain bola tampar bersama-sama. Selapas itu kami sempat bermain aktiviti air.










Kemudahan yang lengkap jika anda berkunjung ke Paradise 101 termasuklah kafe dan tempat makan yang luas untuk menjamu selera selepas penat beraktiviti di sini.





Kalau sampai Langkawi jangan lupa singgah ke Paradise 101, bawa sekali keluarga dan kawan-kawan kesini. Jumpa anda semua di Pradise 101 okay..

Telaga Harbour Marina Langkawi, Kedah Malaysia
https://www.paradise101.com/
Tel: +6049650300
Email : paradise101@naam.bz

Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :

http://www.wasap.my/60134323268/NakpakejtourLangkawi   (Puteri Kassandra)
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...