Terbaru/News

Inisiatif 12 Sahabat Magnet Team Demi Misi Membantu Mangsa Banjir 2021.

Inisiatif 12 Sahabat Magnet Team Demi Misi Membantu Dengan Menyumbang 300 Pes Makanan, 250 Nasi Kandar &. Nasi Ayam Kepada Mangsa Banjir 2021.

Tahniah buat kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam misi bantuan banjir besar baru-baru ini yang telah berusaha untuk membantu sedaya upaya yang termampu.


Hujan lebat tanpa henti menyebabkan banyak rumah ditenggelami air,banyak kenderaan yang rosak dan tersadai,ramai yang terperangkap dan yang paling menyedihkan ada yang meninggal dunia .

Usaha membantu mangsa banjir digerakkan oleh ramai pihak dari agensi kerajaan ,NGO,syarikat korporat,inisiatif individu dan ramai lagi yang membantu khususnya pasca banjir.


Inisiatif Magnet Team ,kumpulan 12 orang sahabat akrab yang digerakkan oleh Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan iaitu PS Dato Zainab Kader ,Dato Fatimah Abdul Hamid,Suzimah Hazish,Marina Kenis Tio, Alex Navanith,Sue,Fieda Khalid,Datin Aimi dan Maksu .



Magnet Team inisiatif 12 orang sahabat kelompok profesional ini telah menyediakan 300 pes makanan sedia dimasak untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir. Selain itu juga Magnet Team menyumbang dalam 250 bungkus nasi kandar dan nasi ayam kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat disamping menyumbangkan pakaian yang telah disusun mengikut saiz dan jantina kepada mangsa-mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan.


Yang menarik juga ialah salah seorang Magnet Team ini iaitu PS Dato Zainab Kader yang telah pun berumur 75 tahun tetapi tetap aktif turun padang membantu memberikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat dan menghantar sendiri bantuan makanan di masjid Hulu Langat . 


Kegigihan PS Dato Zainab Kader dalam membantu mangsa banjir ini wajar dicontohi oleh semua khususnya anak muda Malaysia agar lebih aktif untuk turun padang membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menderita.

Magnet Team turut menyumbang pelbagai bantuan untuk mangsa banjir melalui pelbagai NGO disamping meneruskan usaha bantuan pasca banjir yang lebih mencabar.


Usaha Magnet Team ini wajar diteladani oleh masyarakat kita bagi mewujudkan lebih ramai lagi “Unsung Heroes” yang mengambil berat dan peduli terhadap kebajikan mereka yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir ini. Orang ramai yang berminat berkerjasama membantu usaha murni ini bolehlah bersama-sama menyumbang melalui:-

*CIMB Bank*

*8008336625*

*NJB Innari Sdn Bhd*

*Ref: NB Flood Donation*


(Magnet Team)

PS Dato Zainab Kader - suami TS Ibrahim Saad bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Duta ke Filipina

DCP Dato Hajah Fatimah Abdul Hamid - Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan PDRM

Nisa Bakri - team yang menyediakan pes sedia masak melalui NGO dan team magnets pasca banjir yang membantu mangsa banjir dan para sukarelawan

Suzimah hazish - Pengasas & usahawan suzyhoney herbs 

Marina kenis tio - usahawan co.sec business - yang menghantar bot bantuan  selepas banjir di Shah Alam,syarikat beliau membeli terus bot untuk membantu usaha menyelamat mangsa banjir

Alex Navanith - usahawan kilang nenas dan santan - menyediakan bantuan  jus nenas untuk mangsa banjir dan para sukarelawan 

Sue - usahawan restoran , kumpulan yang memasak nasi ayam untuk mangsa banjir dan sukarelawan 

Fieda Khalid- memberi informasi terkini tentang fokus tempat banjir yang memerlukan bantuan  

Datin Aimi dan Maksu - sukarelawan memasak dan menyediakan makanan siap dimakan



No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...