Terbaru/News

Program Ekspresi Media Teroka ‘HIDDEN GEM’ Selatan

Seramai 17 wakil media terdiri daripada agensi media cetak, elektronik dan media baharu menyertai Program Ekspresi Media: Southern Hidden Gem anjuran Tourism Malaysia selama empat hari dari 23 hingga 26 November 2021.



Program bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong bagi menguar-uar jaminan produk pelancongan bersih dan selamat dalam amalan norma baharu khususnya di Wilayah Selatan. 


Program ini turut mendapat kerjasama Pejabat Daerah Muar bagi mempromosikan produk-produk pelancongan negeri Johor.


Edisi keenam kali ini membawa para peserta meneroka produk-produk berasaskan pengalaman pelancongan (experiential tourism) di sekitar daerah Muar, Batu Pahat dan Segamat dengan memfokuskan kepada segmen budaya, warisan, makanan, inap desa dan agropelancongan.



Para peserta memulakan pengembaraan di daerah Muar dengan melawat produk penginapan berkonsepkan ekopelancongan di Desa Keroma Eco Resort, menyaksikan penghasilan barangan berasaskan kulit di Muar Leather Craft serta demonstrasi penangkapan tiram di Kampung Tiram.

Selain melawat Muar Art Gallery dan Butik Songkok Masood Hussin, mereka turut dibawa bersiar-siar menyaksikan seni jalanan dan bangunan bersejarah di Bandar Diraja Muar selain persembahan tarian barongan di sebuah rumah tradisional Jawa iaitu Keraton Embah Anang di Kampung Parit Bugis.



Turut diteroka dalam segmen gastronomi ialah lawatan ke kafe Kopi 434 Muar dan kilang penghasilan pes mi bandung di Kilang JJ Mak Pon Muar. Para peserta juga berpeluang menikmati sajian sarapan pagi Sate Maharani dan Mi Bandung Muar Abu Bakar Hanifah, sup tulang di Muar Soup House, ikan bakar di Restoran Wak Jos Sabak Awor serta nasi goreng diraja dan asam pedas Muar di Historia Rabbit Home.



Di Batu Pahat, para peserta dibawa melawat Fortune Dragon Temple Yong Peng yang memiliki arca naga terpanjang di Asia sebelum bertolak ke Segamat untuk menelusuri peninggalan sejarah seperti Jambatan Putus Buloh Kasap, Stesen Keretapi Segamat dan Dataran Segamat serta minum petang di Restoran Cendol Segar Amat.


Sementara itu, mereka turut berpeluang menikmati pemandangan matahari terbit dan melawat dusun buah-buahan di Labis Sunrise Farm serta menyaksikan pembuatan gasing dan catur selain menikmati juadah istimewa ikan baung di Homestay Smilian Felda Tenang, Segamat.



Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Datin Rafidah Idris berkata, program in diharap dapat mengeratkan jalinan kerjasama bersama pihak media dalam mempromosikan produk-produk pelancongan dengan memfokuskan kepada generasi Millennials melibatkan kombinasi media baharu.


“Melalui lawatan ini, promosi produk-produk pelancongan ini bukan sahaja boleh disampaikan kepada umum dari sudut pandang berbeza, malahan impak dan capaian liputannya disasar dapat meningkatkan permintaan orang ramai untuk melancong ke destinasi pelancongan yang dilawati,” katanya.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.malaysia.travel/

No comments

I want you to know how much I value your support.

Meet S21 FE 5G: A Flagship Smartphone Designed for Fans of All Kinds

The newest member of the Galaxy S21 family delivers fan-favorite S21 features – like powerful performance, a pro-grade camera, and seamless ...