Terbaru/News

Promosi Perjalanan Percuma Untuk Golongan OKU Selama 9 Hari

Promosi perjalanan percuma untuk perkhidmatan rel dan Bas Rapid Transit (BRT) Rapid KL bagi golongan kurang upaya (OKU), yang dilaksanakan bersempena sambutan Hari OKU Sedunia 2021, bermula hari ini.


Untuk sembilan hari berturut-turut sehingga 12 Disember, tambang percuma yang melibatkan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) kendalian Rapid KL, turut diberikan kepada seorang pengiring kepada warga OKU berkenaan.

Bagi menandakan acara berkenaan, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), yang menjadi syarikat induk kepada Rapid Rail dan Rapid Bus, hari ini mengadakan program bersama YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi OKU Sentral, di perkarangan Stesen LRT Bangsar di sini bagi melancarkan program itu.

Berucap pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Divisyen Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Cik Rafizah Amran berkata majlis hari ini adalah sokongan padu kami kepada warga OKU, yang merupakan antara pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana.


“Sesungguhnya warga OKU amat dekat dihati kami. Justeru itu pelbagai inisiatif telah dan sedang dijalankan oleh pihak Prasarana dalam menyediakan fasiliti mesra OKU di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.

 

“Fasiliti mesra OKU ini tidak terbatas kepada perkhidmatan rel sahaja. Semua bas henti- henti kendalian Prasarana bercirikan universal akses di mana pengguna berkerusi roda boleh menaiki bas dengan ramp yang tersedia, lantai bas yang boleh dilaraskan serta ruang untuk kerusi roda.

Rafizah turut mengulangi komitmen Prasarana untuk terus bekerjasama dengan persatuan-persatuan OKU dan badan berkanun yang lain bagi memastikan agenda memperkasakan kemudahan OKU senantiasa mengikuti perkembangan semasa.


“Untuk langkah jangka panjang, Prasarana juga akan mengambil inisiatif dalam penambahbaikan perkhidmatan pelanggan di kalangan OKU. Untuk itu, petugas barisan hadapan operasi akan didedahkan dengan program yang bersesuian selaras dengan matlamat untuk memantapkan perkhidmatan buat semua golongan pelanggan,” tambah beliau.

#HariOKUSedunia

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...